Tempat Baru, Tiada Pilihan
Di tempat baru, kita tiada pilihan selain menjalani hidup baru dengan hal-hal yang baru dan asing bagi kita. Begitu juga dengan diri aku. Imbas kembali dua tahun yang lepas. Diterima kerja di JPN dan ditempatkan di kalangan orang ramai adalah suatu yang baru bagi aku.
Dikelilingi oleh mereka yang rajin bekerja, jadi minda aku disetkan juga untuk mengubah cara hidup, nak atau tak, aku kena ambil cabaran ini. Aku tidak pasti, samaada situasi ini menjadi masalah atau tidak kepada mereka di luar sana. Bagi aku, sedikit masa diperlukan untuk menyesuaikan diri di tempat baru.
Tiga bulan yang lepas, aku mengambil keputusan untuk sambung belajar. Aku memilih UKM sebagai destinasi baru aku. Keputusan ini diambil bukan sekejap, kerana aku yakin di sana juga aku akan tempuh lagi satu situasi di mana aku akan mengenali mereka yang tidak pernah aku jumpa, tempat baru yang aku kena sesuaikan diri.
Ini merupakan pengalaman hidup yang mana setiap orang perlu alami. Berpindah ke tempat baru banyak dipengaruhi faktor hidup, bukan sahaja dapat kerja baru dan sambung belajar, mungkin juga berpindah selepas berkahwin. Jadi cara yang terbaik berada di tempat baru, berusaha untuk mencari dan belajar tentang gerak geri kehidupan manusia di sesuatu tempat tersebut.
Post a Comment