0

Siapa yang tidak kenal dengan Salih Yaacob? Baik, saya huraikan serba sedikit tentang beliau. Salih Yaacob merupakan seorang penghibur dan juga seorang penyampai radio SinarFM. Mungkin ramai yang sedia maklum tentang kehidupan beliau, salah satu yang paling terkenal adalah beliau berkahwin empat. 

Dari situasi beliau berkahwin empat, menjadi satu inpisrasi untuk saya dalam berblog. Kenapa? Saya akan terangkan bagaimana Salih Yaacob mengajar saya Berblog.

1. Wujudkan Blog Pelbagai Niche

Selalunya blogger akan menjana pendapatan dari blog mereka. Jadi blogger hendaklah kreatif dalam mempelbagaikan blog dari pelbagai niche. Sekiranya, mereka stick pada satu blog, saya percaya pendapatan dari blog yang mereka dapat pun agak sedikit. Saya sebagai blogger, juga mengambil inisiatif dalam meningkatkan pendapatan dari blog dan berani mencuba dalam mewujudkan blog yang baru. Situasi ini sesuai dengan apa yang Salih Yaacob buat, ambil keputusan dengan berkahwin lebih dari satu atau dalam erti kata lain membuka cawangan baru. Hehe!

2. Wujud Yang Baru, Yang Lama Jangan Dilupai

Sekiranya kita mewujudkan blog baru, dalam mengawasai prestasi blog bari kita tidak sepatutnya mengabaikan blog lama. Kenapa? Ini kerana blog lama sudah menghasilkan pendapatan dan seharusnya kita juga sentiasa update blog tersebut. Kita tidak boleh meninggalkan terus blog yang terdahulu. Salih Yaacob tidak menceraikan isteri lama selepas dapat yang baru.

3. Bahagikan Masa Yang Secukupnya Dan Adil

Kadang-kadang kita fikir bagaimana seseorang yang berkahwin empat boleh membahagikan masa beliau dengan adil kepada isteri mereka seperti Salih Yaacob. Dalam berblog juga, kita hendaklah berdisiplin dan mematuhi masa dalam mengawasi setiap blog yang kita ada. Contohnya, sekiranya kita mempunyai empat blog, jadi kita haruslah membahagikan masa untuk setiap blog. Masa tersebut digunakan untuk mengupdate blog secara konsisten setiap blog. Dengan cara ini, semua blog yang kita ada akan sentiasa berupdate. 
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top